3 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Menyertai Takaful

Senarai semak ini dapat mencegah anda dari terlebih bayar atau terkurang perlindungan takaful.

  1. Penggantian Pendapatan (Income Replacement)

Berapakah jumlah wang yang diperlukan jika berlaku peristiwa yang membawa kepada musibah kewangan iaitu keluarga hilang sumber pendapatan disebabkan 3D ;

✓ Kematian (Death)
✓ Hilang Upaya (Disability)
✓ Sakit Kritikal (Disease)

Jumlah tersebut mestilah paling kurang mampu menampung segala perbelanjaan asas keluarga.

  1. Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)

Berapa banyak jumlah hutang yang perlu dilangsaikan jika berlaku musibah kewangan yang disebabkan 3D (kematian, hilang upaya, sakit kritikal)

  1. Perlindungan Pendapatan (income protection)

Jika ditakdirkan memerlukan rawatan segera dihospital, Adakah kita sudah bersedia dengan sejumlah Wang yang sudah diasingkan dari wang simpanan untuk tujuan rawatan perubatan ? Jika ada mencukupi atau tidak ?

Manfaat takaful perubatan melindungi wang simpanan daripada digunakan untuk perkara yang tidak menggandakan simpanan :- rawatan perubatan.


Membuat keputusan perlindungan takaful lebih mudah apabila mengetahui kedudukan kewangan, jumlah perlindungan yang diperlukan dan perlindungan mana yang perlu diberi keutamaan.

Taufiq Ahmad
Licensed Financial Adviser
www.taufiqahmad.com

Leave a Reply

Open chat