Perancangan Harta Pusaka Islam

STRUKTUR FARAID PERIBADI

Menyediakan peta faraidh peribadi yang menerangkan struktur dan pembahagian ahli waris yang layak.

PENULISAN WASIAT

Penulisan wasiat secara teratur dan berstruktur. Objektif utama dalam penulisan wasiat adalah perlantikan Wasi (Pentadbir). Dokumentasi wasiat yang betul amat penting dalam memastikan kelancaran dalam urusan pentadbiran dan pengagihan harta pusaka.

PAPB (PERJANJIAN ASET PEROLEHAN BERSAMA)

PAPB adalah solusi alternatif kepada tuntutan harta sepencarian. PAPB ada adalah satu bentuk dokumen perjanjian antara suami dan isteri berkaitan hak pemilikan harta.

HIBAH (DEKLARASI HIBAH)

Dokumen yang menyatakan akad pemberian harta Hibah daripada pemberi Hibah kepada penerima Hibah berdasarkan hukum Syarak . Akad pemberian berkuatkuasa sewaktu hidup, namun pindahmilik dilakukan selepas kematian pemberi Hibah.