Perlindungan Kejuruteraan, Kontraktor & Lialibiliti

Takaful Keluarga

Hibah Takaful

Pelan takaful yang melindungi keluarga anda untuk menghadapi musibah kewangan yang terjadi disebabkan oleh 3D (Death, disability, disease). Manfaat takaful akan dihibahkan kepada penama terus tanpa melalui proses harta pusaka. Penerima Hibah mempunyai hak mutlak ke atas manfaat takaful tersebut.

Kad Perubatan

Pelan yang menyediakan manfaat untuk menanggung kos rawatan perubatan sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Dengan melanggan pelan ini, takaful dapat mengelakkan anda daripada menggunakan wang simpanan untuk tujuan rawatan perubatan.

Manfaat Kemalangan

Manfaat tambahan untuk kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh kemalangan. Sama ada kemalangan di jalan raya ataupun kemalangan disebabkan pekerjaan.

Manfaat Penyakit Kritikal

Manfaat yang akan membayar anda wang tunai jika anda didiagnos mengidap sakit kritikal

Pelan Am dan Komersial

Perlindungan Kebakaran/Bangunan/Aset

Melindungi harta anda seperti rumah, pejabat, kilang dari bencana kebakaran. Tidak terhad disebabkan kebakaran, malah melindungi juga dari mana-mana situasi atau keadaan yang menyebabkan kerosaka harta benda (property damage). Malah tidak terhad setakat bangunan, tetapi pelan ini juga melindungi perabot, mesin, bahan mentah, stok dan lain-lain.

Indemniti

Khas untuk melindungi profesional seperti doctor, akauntan, peguamcara, arkitek dan jurutera terhadap liabiliti undang-undangnya untuk membayar ganti rugi kepada orang yang mengalami kerugian kewangan akibat kecuaian profesionalnya sendiri atau pekerjanya dalam menjalankan perniagaan.

Manfaat Pekerja (Employee Benefit Plan)

Group Term Takaful (GTT) – Takaful Bertempoh Berkelompok

Pelan yang membayar manfaat tunai jika berlaku musibah kepada pekerja/peserta ; seperti kematian, hilang upaya atau sakit kritikal.

Group Hospitalisation & Surgical (GHS)

Pelan yang menanggung kos perubatan dan pembedahan pekerja/peserta. Manfaat ini melindungi semua jenis penyakit termasuk penyakit sedia ada. Pelan ini didatangi dengan kemudahan surat jaminan (GL) oleh pihak takaful.

Group Outpatient Care (GOPC)

Manfaat tambahan untuk rawatan klinik luar sama ada General Practitioner ataupun rawatan pakar.