Umum mengetahui, takaful adalah instrumen atau alat dalam perancangan kewangan untuk pengurusan risiko dan perlindungan.

Tapi, ada juga yang beranggapan takaful boleh digunakan untuk pelaburan. Antara hujah yang digunakan ;

  • Dalam takaful ada cash saving
  • Ada produk berkaitan pelaburan (ILP)

Jadi, apa yang sebenarnya, betul ke boleh melabur dalam takaful ? Ok, mula-mula kita lihat poster di bawah ni. Poster di bawah dihasilkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM menyatakan dalam poster tersebut bahawa insurans adalah perlindungan, bukan simpanan atau pelaburan. So kita boleh faham, bahawa insurans atau takaful adalah alat untuk pengurusan perlindungan.

Tetapi ada hujah lain, kenapa ada produk takaful berkaitan pelaburan yang diluluskan oleh BNM. Nampak macam kontradik pula kan ?

Apa yang nak dijelaskan oleh BNM adalah insurans/takaful merupakan alat untuk pure protection bukan untuk pure pelaburan.

Fungsi cash saving atau nilai tunai di dalam produk takaful adalah untuk memastikan pelan takaful terus sustain sehingga tempoh matang dan memastikan sumbangan bulanan maintain atau hanya dengan kenaikan yang minima.

Tidak dinafikan, ada produk takaful hybrid, iaitu untuk perlindungan dan pelaburan. Namun, ia bukan produk yang pure untuk investment.

Mengapa perlu melabur didalam takaful jika ada produk pelaburan yang lebih kompetitif di pasaran ?

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Similar Posts