Mengapa perlu ambil takaful peribadi sedangkan syarikat dah ambil takaful untuk saya, dah ambil life coverage, dah cover death, cover TPD, ada GPA ?
Mari sini saya ceritakan kenapa anda perlu ambil takaful peribadi walaupun majikan/syarikat dah ambil.
1. Pemilikan Takaful (Ownership of takaful)
Betul, syarikat dah ambil. Memang nama anda sebagai orang yang dilindungi (Person covered).
Tapi apa yang anda perlu tahu adalah bahawa pemilik manfaat takaful adalah syarikat. Mudah faham, jika berlaku sesuatu ke atas anda, manfaat yang disediakan oleh pihak takaful adalah 100% hak milik syarikat.
Sebenarnya, atas ehsan syarikat/majikan untuk beri kepada waris anda. Sama ada 100% , 50% atau berapa pun yang ditentukan pihak majikan/syarikat.
2. Kelestarian (Sustainability)
Perlindungan takaful yang disediakan majikan/syarikat kepada anda adalah atas kapasiti anda sebagai pekerja.
Jika anda berhenti, maka anda hilang hak untuk mendapat perlindungan takaful.
Jika anda ambil perlindungan takaful peribadi, anda bekerja dengan syarikat mana pun, anda bekerja sendiri ke, anda ambil career break ke, selagi mana takaful aktif, maka anda sentiasa dilindungi takaful.
Disebabkan 2 faktor ini, anda sepatutnya tidak bergantung kepada perlindungan takaful yang disediakan oleh syarikat/majikan semata-mata.