MLTT = Mortgage Level Term Takaful.

MLTT ?

MLTT ni nama penuh dia mortgage level term takaful. Fungsi dia untuk melangsaikan baki pembiayaan kepada pihak bank.

Bukan pelan yang spesifik atau sejenis produk khas. MLTT ni datang dari pelan asas takaful hayat (life coverage). Penama atau pemilik takaful akan dapat manfaat kematian & TPD jika berlaku salah satu.

Tetapi, silapnya, kebanyakan yang promote MLTT ni, dia sekadar promote suruh ambil takaful hayat lepas tu buat hibah takaful.

Boleh selesai ke baki pembiayan (balance financing) ? tidak boleh tuan-tuan.

Bila ambil takaful hayat, buat hibah takaful semata-mata, so kalau berlaku kematian, waris/penama yang dapat manfaat kematian mempunyai hak mutlak keatas wang tunai yang pihak takaful bagi tu. Waris/penama tak wajib selesaikan baki pembiayaan (balance financing) kepada pihak bank.

Jadi, tak lengkap pelan takaful tu untuk dijadikan MLTT

Solusinya ?

Kalau nak buat MLTT, pastikan ambil takaful hayat lepas tu buat absolute assignment. Borang ni pihak takaful memang dah ada.

Atau pilihan lain, boleh lantik syarikat amanah untuk uruskan kegunaan manfaat takaful tersebut.

Ingat, guna mana-mana instrumen kewangan, perlu lihat pada objektif.

TA

FPR,FAR

Leave a Reply

Open chat