Tahukah anda bahawa majikan mempunyai hak untuk memecat pekerja jika pekerja tidak mampu atau tidak boleh bekerja disebabkan sakit atau masalah kesihatan ?
 
 
Ya. Majikan ada hak.
 
Proses itu dipanggil Medical Board Out.
 
Apa? Anda tak pernah dengar ?
 
Sila semak employee handbook anda sekarang.
 
Apabila seseorang pekerja itu ditimpa sakit atau masalah kesihatan, seterusnya dapat pengesahan dari pegawai perubatan “medically unfit to perform … ‘ maka proses penamatan pekerja akan berlaku. Proses itulah yang di sebut Medical Board Out.
Mengapa perlu tamatkan perkhidmatan pekerja ? Kerana pekerja tersebut sudah tidak mempunyai produktiviti kepada syarikat dan merupakan liabiliti kepada syarikat.
 
Selalunya, pekerja yang menghidap sakit kritikal atau hilang upaya akan berpotensi untuk menghadapi situasi ini.
 
Bagi sesetengah pihak, proses ini dilihat agak kejam. Namun, perlu diingatkan bahawa syarikat adalah sebuah entiti yang berasaskan keuntungan, bukan kebajikan semata-mata.
 
Lain syarikat, lain polisi.
Setakat pengalaman yang pernah berlaku dihadapan mata saya, ini polisi yang ada dalam employee handbook dulu ; 6-3-3
 
6 bulan cuti sakit bergaji penuh
3 bulan cuti sakit bergaji separuh
3 bulan cuti sakit tanpa gaji
 
kalau selepas habis tempoh 6-3-3 itu seseorang pekerja itu masih tidak sihat untuk melaksanakan pekerjaan, maka berlaku lah proses pemecatan.
 
Apa persediaan yang boleh dibuat ?
Itulah fungsi takaful manfaat sakit kritikal dan manfaat hilang upaya.
 
Takaful bukan sekadar Hibah Takaful atau Medical Card.
 
Ambil tahu tentang takaful anda.
 

Similar Posts