Pada 20/9/2019 adalah tarikh perasmian Masjid Sri Sendayan. Sememangnya viral satu malaysia mengenai masjid ini disebabkan senibina dan juga pewakafnya, iaitu Tan Sri Abd Rashid Hussain yang juga pengasas syarikat kumpulan RHB. Sebelum ni pun seperti diketahui umum, ada dua buah masjid yang diwakafkan oleh beliau, setiap satu diwakafkan atas nama ibu dan ayah beliau.

Bukan nak cerita pasal masjid ni, sebab dah banyak cerita ni dalam medsos, boleh cari. Cerita masjid ini hanyalah salah satu contoh menunjukkan bagaimana kekayaan digunakan pada jalan amal yang baik.

Dalam sebuah hadis, daripada Saad bin Abi Waqqas RA, aku telah berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?”

Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”

Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan separuh daripadanya?”

Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”

Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya?”


Rasulullah SAW menjawab: “Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia”.

(Riwayat al-bukhari : 2742)

Antara intipati penting

  1. Hadis ni menjadi sandaran tentang pengurusan harta pusaka. 1/3 bahagian maksimum yang boleh diwasiatkan kepada bukan ahli waris.
  2. Meninggalkan keluarga dalam keadaan kaya dan cukup itu lebih baik daripada meniggalkan ahli waris meminta-minta.

Menurut hadis tersebut, meninggalkan ahli waris dalam keadaan kaya dan tidak meminta juga adalah salah satu amalan yang baik. Persoalannya bagaimana ? Tidak lain, melalui perancangan kewangan, antaranya membina kekayaan, merancang pewarisan harta, pelaburan, simpanan, perancangan takaful dan lain-lain.

Salah satu langkah atau tindakan yang boleh diambil dengan menyertai skim perlindungan takaful. Dan hibahkan manfaat tersebut kepada ahli keluarga atau pun pasangan. Dengan ini kita sudahpun memenuhi saranan untuk tidak meninggalkan ahli waris dari meminta-minta sekalipun tidak kaya.

Semoga Bermanfaat.

 

Similar Posts