Selalu dengar hibah takaful ?

Disebabkan berlaku normalisasi penggunaan istilah hibah takaful, lama kelamaan ramai yang menganggap hibah takaful adalah sejenis pelan takaful atau sejenis produk/rider.

Sebenarnya, “hibah takaful” adalah sejenis kaedah pemberian manfaat takaful. Kaedah pemberian/penamaan manfaat takaful ada dua jenis ;

  1. Wasi – Melantik pentadbir untuk menguruskan pampasan tersebut berdasarkan neraca kalkulator faraid/wasiat.
  2. Hibah – Memberi manfaat secara mutlak setelah berlaku kematian kepada penama.

Apa yang menariknya, kaedah hibah didalam penamaan takaful dilindungi dalam Akta Kewangan Perkhidmatan Islam 2013 (IFSA 2013). Mudah kata, penerima mempunyai hak milik mutlak ke atas pampasan tersebut dan tidak boleh dicabar walaupun menerusi jalan undang-undang.

Tidak kisah lah sama ada takaful keluarga/hayat mahupun takaful personal accident. Selagi mana takaful itu pelan yang mempunyai manfaat kematian, maka manfaat tersebut boleh dihibahkan.

Bagaimana waris atau penerima hibah takaful boleh memanfaatkan manfaat tersebut?

  1. Wang perbelanjaan bagi menggantikan sumber pendapatan yang terputus.
  2. Wang untuk melangsaikan hutang jika si matitidak meninggalkan harta pusaka
  3. Wang untuk amal jariah dan wakaf supaya si mati peroleh kebaikan yang berpanjangan

Semoga bermanfaat.

 

Similar Posts