Bunyi macam sama. Tapi fungsi berbeza.
Ramai yang beranggapan jika dah ada manfaat sakit kritikal , dah tak perlu ada medical card, begitu juga sebaliknya.

Anggapan ini berlaku kerana salah faham akan fungsi kedua-dua manfaat tersebut. Mereka ingat sama.

Fungsi

  1. Manfaat Sakit Kritikal

Membayar sejumlah tunai (lump sum) kepada pemilik takaful jika didiagnos sakit kritikal.

Apa guna fungsi (pampasan) sakit kritikal ?
Sebagai penggantian gaji. Selalunya pesakit yang menghidap sakit kritikal ni, menghadapai kesukaran untuk bekerja dan ada sesetengah polisi syarikat akan memberhentikan pekerja atas fakor kesihatan.

Tiada aktiviti pekerjaan, tiada pendapatan. Apabila dapat wang tunai dari mamfaat sakit kritikal, boleh la dijadikan sebagai wang gaji.

  1. Manfaat Kad Perubatan (Medical Card)

Menanggung kos rawatan perubatan hospital. Berbeza dengan manfaat sakit kritikal yang kita dapat secara tunai, manfaat medical card pula berfungsi bayar kos rawatan kepada hospital.

Dengan itu dapat mengelakkan kita mengeluarkan wang tunai yang kita simpan hanya untuk membayar kos hospital

Keutamaan.

Mana yang penting dan utama ?

Secara peribadi, kedua-dua manfaat tersebut adalah penting. Cuma kita perlu meletakkan mana yang utama mengikut situasi kewangan.

Sekali lagi secara peribadi, jika mempunyai kekangan kewangan dan perlu pilih salah satu, saya akan pilih manfaat sakit kritikal.

TA
Registered Financial Planner, ShRFP (MFPC)
Financial Adviser Representative, FAR (BNM)

Similar Posts