Ajaran Sesat Dalam Pemasaran Takaful

Ini adalah ajaran sesat dalam pemasaran produk takaful.

Saya dah baca hantaran penuh. Ayat dalam poster berbunyi

” Jangan terkejut. Hibah takaful boleh dapat ketika anda masih hidup “

Gila tak terkejut, memang la terkejut. Macam mana hidup lagi dapat hibah. Lain la buat hibah harta (selain manfaat takaful) terus bagi. Itu cerita lain. Ini cerita “hibah takaful”

Apa yang ejen takaful tersebut tu nyatakan ialah sebenarnya manfaat sakit kritikal. Manfaat sakit kritikal bukan hibah. Manfaat sakit kritikal memang dapat ketika hidup. Manfaat dibayar kepada pemilik sijil takaful/orang yang dilindungi.

Inilah kesan kepada normalisasi istilah hibah takaful tanpa memahami makna sebenar.

  1. ” Hibah takaful ” adalah kaedah agihan manfaat takaful. Boleh pilih wasi atau hibah
  2. Hibah dalam sijil takaful adalah Hibah Bersyarat – Manfaat akan diberikan kepada penama setelah pemilik takaful/peserta meninggal dunia.

Jadi, jangan buat pemasaran pelik-pelik. Tulis je manfaat sakit kritikal. Jangan semua nak tulis hibah.

Mohon mencadang. Ada salah, roger2

TA
Takaful | Investment
www . taufiqahmad . com

p/s : nak cari takaful stand alone untuk manfaat sakit kritikal ? roger-roger. Serendah RM 5O

Leave a Reply

Open chat