Mencari pelan takaful bukan perkara mudah bagi seseorang kerana tidak biasa dengan terma-terma dan jenis pelan. Namun di sini ada 3 aspek asas sebagai panduan untuk melanggan takaful.
Melanggan takaful dengan betul sangat penting untuk menjamin pelan takaful tersebut mampu kita gunakan pada waktu yang diperlukan.
Penggantian Pendapatan (Income Replacement)
Berapakah jumlah wang yang diperlukan jika berlaku peristiwa atau situasi yang membawa kepada musibah kewangan iaitu keluarga hilang sumber pendapatan disebabkan 3D ;
✓ Kematian (Death)
✓ Hilang Upaya (Disability)
✓ Sakit Kritikal (Disease)
Jumlah tersebut mestilah paling kurang mampu menampung segala perbelanjaan asas keluarga. Apakah itu perbelanjaan asas? antaranya, belanja sewa rumah jika masih menyewa, bayaran belanja rumah iaitu barang dapur dan utiliti, belanja pengangkutan, perbelanjaan anak sekolah dan sebarang perbelanjaan asas untuk kelangsungan hidup.
Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)
Berapa banyak jumlah hutang yang perlu dilangsaikan jika berlaku musibah kewangan yang disebabkan 3D (kematian, hilang upaya, sakit kritikal) .
Cuba anda kira jumlah hutang semasa yang tidak dilidungi oleh takaful. Jumlah baki hutang tersebut adalah asas kepada berapa jumlah perlidungan takaful yang patut ambil
Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
Perlindungan Pendapatan atau Perlindungan Harta adalah bermaksud, melindungi kewangan atau simpanan supaya tidak digunakan untuk tujuan non-generate income activity.
Sebagai contoh, jika ditakdirkan memerlukan rawatan segera dihospital, adakah kita akan menggunakan wang simpanan kita yang telah kita bersusah payah simpan ? atau adakah lebih baik kita bersedia denga kos yang minima untuk takaful perubatan ?
____
Membuat keputusan perlindungan takaful lebih mudah apabila mengetahui kedudukan kewangan, jumlah perlindungan yang diperlukan dan perlindungan mana yang perlu diberi keutamaan.
Lebih mudah sekarang untuk berjumpa dengan Penasihat Kewangan Bertauliah (FAR) untuk mendapat solusi takaful yang memenuhi keperluan dan situasi kewangan anda